Mesyuarat Aktiviti Nadi X Komuniti Madani Wpklp
4 Februari 2025 | Aktiviti Terkini3 Februari 2025 (Jumaat) – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) telah mengadakan sesi Mesyuarat Aktiviti NADI X Komuniti Madani Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya pada jam 2:30 petang sehingga jam 3:30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Penerangan Malaysia WPKLP, Tingkat 7 Wisma FGV, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun pihak NADI Putrajaya telah menghantar wakil Puan Harwani daripada NADI Presint 9 Fasa 10 selaku ketua cluster bagi parlimen Putrajaya bagi menghadiri mesyuarat tersebut secara fizikal dan petugas NADI yang yang lain telah menghadiri mesyuarat tersebut secara atas talian menggunakan Google Meet.
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan tentang aktiviti serta program yang akan dilakukan bersama NADI, Komuniti Setempat dan juga Komuniti Madani. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil semua petugas NADI Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan pihak MCMC Wilayah Persekutuan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: